Khamis, 2 Ogos 2012

2 Dimensi Berbeza..


Epilog dua dimensi..
Prolog:
                Alhamdulillah, syukur dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh barokah. Ramadhan tahun lepas, penuh dengan tragedi yang menyakitkan dan memilukan hati. Menyusul pula Ramadhan kali ini sekaligus menguburkan terus sejarah pahit itu. Satu tahun.. Ya, satu tahun! Cukup satu tahun aku mengambil masa untuk pulih..
                Satu jangka masa yang agak lama.. dalam tempoh setahun aku cuba bangkit daripada jatuh terduduk. Dalam tergapai-gapai memohon bantuan ihsan daripada insan sekeliling, tapi tidak terdaya. Akhirnya aku bangun dan bertatih sendiri. Memang mudah untuk memberi motivasi pada orang lain, tetapi sangat sukar untuk memotivasikan diri sendiri!
                Saban hari, tidak kira siang mahupun malam, asyik berendam dengan air mata. Ahh.. begitu murahnya air mata ini! Senang benar mengalir tanpa disuruh. Bila mengenangkan kesakitan yang dialami, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sakit kerana ketulusan dan keikhlasan hati dalam menjalin keakraban sebuah ikatan dikhianati dan tidak diambil peduli. Segala pegorbanan tak dihargai. Kehadiranku bagaikan tidak wujud! Hati dan jiwa aku merasa sakit, pedih, perit, kecewa dan merana. Kekhianatan itu menjadi asbab jiwa meronta-ronta dahagakan sekelumit 'kesefahaman' dan 'kesetiaan'. Sakit yang dialami itu menikam dan menusuk hingga ke sukma di lubuk yang paling dalam.. dan sebenarnya tahap keperitan itu sukar untuk diterjemah dengan kata-kata. Tak terungkap kendatipun menggunakan bahasa sastera yang paling gramatis. Hanya pencipta rasa dan yang mengalami sahaja yang mampu merasa dan memahami kondisi seperti ini.
                Ya, untuk terus bangkit.. sedarlah bahawa Allah ada bersama. Jatuh bangun kita, Dia sentiasa ada di sisi. Dia adalah tempat terbaik untuk mengadu. Meluahkan segala yang terbuku.. Sungguh, Dia Maha Memahami.. Dia lah yang Maha hebat. FirmanNya: “Mintalah kepadaku, nescaya akanku perkenankan”. Tuntas, mengapa harus ragu2 dengan janji Allah? Sebenarnya ia menuntut kita menjadi lebih kuat, sabar dan tabah. FirmanNya lagi dalam surah Al-Baqarah,”Allah tidak akan mebebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”.. Ya, innallaha ma’as-sobirin... & ingat. innallaha ma’ana..

Epilog:

                Natijahnya, berkat kesabaran dan kesungguhan mencari damai yang hilang, janji Allah itu benar. Firman Allah juga, “Sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan” (Surah Al-Insyirah). Jika dari awal lagi aku sudah rebah dan tewas..kalah dengan perasaan, mungkin juga aku tidak akan mampu tersenyum seperti hari ini.. Senyuman yang bukan lagi palsu, dibuat-buat untuk menutup rasa itu... Kini tidak lagi.. Sebarkan senyuman seikhlas yang mungkin. Tulus daripada lubuk hati.. walaupun sisa-sisa luka semalam masih terasa.. namun, abaikan.. lawan.. tepis.. bangkit dari rebah!
                Teman2, andai anda punya masalah, pernah dikecewakan, ditinggalkan atau disisihkan oleh sahabat, teman, rakan, taulan, keluarga atau yang seangkatan dengannya.. maka jangan putus asa! Jangan salahkan takdir yang menimpa. Jangan salahkan Tuhan! Allah memberi ujian kepada kita, tanda Allah sayang kita. Teruskan berdoa.. jangan berhenti berharap. Sesungguhnya Dia Maha berkuasa atas tiap sesuatu..

                Bagi kaum wanita, jika punya masalah, selain mengadu pada Allah, carilah orang yang paling anda percaya untuk menjadi pendengar terbaik. Ceritakan pada dia. Luahkan. Kaum wanita paling ramai yang mempunyai masalah emosi. Sering tertekan. Efeknya mereka lebih suka duduk bersendirian dan termenung. Lebih teruk lagi mengundang penyakit murung. Tetapi awas kaum wanita. Ingat, jika anda punya masalah, jangan biarkan sehingga jiwa anda rasa kosong. Makhlus halus mudah masuk dan menguasao diri anda. Dalam erti kata lain, histeria. Berhati-hati teman2 sekalian.. Jangan biarkan jiwa anda kosong. Isikan dengan beramal ibadah. Jaga solat. Amalkan solat2 sunat. Bangun malam. Perbanyakkan pergi ke majlis ilmu, hadiri kuliah, ceramah atau sebagainya. Pendek kata, mant0pkan IMAN. 

Wallahua’lam. Sekian.