Khamis, 2 Ogos 2012

2 Dimensi Berbeza..


Epilog dua dimensi..
Prolog:
                Alhamdulillah, syukur dapat bertemu kembali dengan Ramadhan yang mulia. Bulan yang penuh barokah. Ramadhan tahun lepas, penuh dengan tragedi yang menyakitkan dan memilukan hati. Menyusul pula Ramadhan kali ini sekaligus menguburkan terus sejarah pahit itu. Satu tahun.. Ya, satu tahun! Cukup satu tahun aku mengambil masa untuk pulih..
                Satu jangka masa yang agak lama.. dalam tempoh setahun aku cuba bangkit daripada jatuh terduduk. Dalam tergapai-gapai memohon bantuan ihsan daripada insan sekeliling, tapi tidak terdaya. Akhirnya aku bangun dan bertatih sendiri. Memang mudah untuk memberi motivasi pada orang lain, tetapi sangat sukar untuk memotivasikan diri sendiri!
                Saban hari, tidak kira siang mahupun malam, asyik berendam dengan air mata. Ahh.. begitu murahnya air mata ini! Senang benar mengalir tanpa disuruh. Bila mengenangkan kesakitan yang dialami, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Sakit kerana ketulusan dan keikhlasan hati dalam menjalin keakraban sebuah ikatan dikhianati dan tidak diambil peduli. Segala pegorbanan tak dihargai. Kehadiranku bagaikan tidak wujud! Hati dan jiwa aku merasa sakit, pedih, perit, kecewa dan merana. Kekhianatan itu menjadi asbab jiwa meronta-ronta dahagakan sekelumit 'kesefahaman' dan 'kesetiaan'. Sakit yang dialami itu menikam dan menusuk hingga ke sukma di lubuk yang paling dalam.. dan sebenarnya tahap keperitan itu sukar untuk diterjemah dengan kata-kata. Tak terungkap kendatipun menggunakan bahasa sastera yang paling gramatis. Hanya pencipta rasa dan yang mengalami sahaja yang mampu merasa dan memahami kondisi seperti ini.
                Ya, untuk terus bangkit.. sedarlah bahawa Allah ada bersama. Jatuh bangun kita, Dia sentiasa ada di sisi. Dia adalah tempat terbaik untuk mengadu. Meluahkan segala yang terbuku.. Sungguh, Dia Maha Memahami.. Dia lah yang Maha hebat. FirmanNya: “Mintalah kepadaku, nescaya akanku perkenankan”. Tuntas, mengapa harus ragu2 dengan janji Allah? Sebenarnya ia menuntut kita menjadi lebih kuat, sabar dan tabah. FirmanNya lagi dalam surah Al-Baqarah,”Allah tidak akan mebebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya”.. Ya, innallaha ma’as-sobirin... & ingat. innallaha ma’ana..

Epilog:

                Natijahnya, berkat kesabaran dan kesungguhan mencari damai yang hilang, janji Allah itu benar. Firman Allah juga, “Sesungguhnya selepas kesulitan ada kemudahan” (Surah Al-Insyirah). Jika dari awal lagi aku sudah rebah dan tewas..kalah dengan perasaan, mungkin juga aku tidak akan mampu tersenyum seperti hari ini.. Senyuman yang bukan lagi palsu, dibuat-buat untuk menutup rasa itu... Kini tidak lagi.. Sebarkan senyuman seikhlas yang mungkin. Tulus daripada lubuk hati.. walaupun sisa-sisa luka semalam masih terasa.. namun, abaikan.. lawan.. tepis.. bangkit dari rebah!
                Teman2, andai anda punya masalah, pernah dikecewakan, ditinggalkan atau disisihkan oleh sahabat, teman, rakan, taulan, keluarga atau yang seangkatan dengannya.. maka jangan putus asa! Jangan salahkan takdir yang menimpa. Jangan salahkan Tuhan! Allah memberi ujian kepada kita, tanda Allah sayang kita. Teruskan berdoa.. jangan berhenti berharap. Sesungguhnya Dia Maha berkuasa atas tiap sesuatu..

                Bagi kaum wanita, jika punya masalah, selain mengadu pada Allah, carilah orang yang paling anda percaya untuk menjadi pendengar terbaik. Ceritakan pada dia. Luahkan. Kaum wanita paling ramai yang mempunyai masalah emosi. Sering tertekan. Efeknya mereka lebih suka duduk bersendirian dan termenung. Lebih teruk lagi mengundang penyakit murung. Tetapi awas kaum wanita. Ingat, jika anda punya masalah, jangan biarkan sehingga jiwa anda rasa kosong. Makhlus halus mudah masuk dan menguasao diri anda. Dalam erti kata lain, histeria. Berhati-hati teman2 sekalian.. Jangan biarkan jiwa anda kosong. Isikan dengan beramal ibadah. Jaga solat. Amalkan solat2 sunat. Bangun malam. Perbanyakkan pergi ke majlis ilmu, hadiri kuliah, ceramah atau sebagainya. Pendek kata, mant0pkan IMAN. 

Wallahua’lam. Sekian.


Selasa, 24 Julai 2012

Inniakhofullah..



Prolog:
                Sedang asyik si gadis memerhatikan kebesaran Allah SWT, tak berkedip bebola matanya memandang awan yang sedang berarak ceria, pohon-pohon hijau melambai mengikut rentak sang bayu, tiba-tiba gerimis datang tanpa diundang. Titisan hujan mula membasahi bumi. Bisik hati si gadis, "Begitulah aturan Tuhan. Langit tak selalu cerah. Hidup tak selalunya indah." Si gadis bertudung labuh itu akur akan lumrah alam. Akur pada kehendak Tuhan. Redho.
                                                                              ~~~~~~~ * * * ~~~~~~~
                "Hello, Assalamualaikum"
                "Ya, Waalaikumussalam"
                "Kat mana?"
                "Kat bait tolabah. Tengah siap"
                "Kul berapa start meeting ni?"
                "Pukul 8.30"
                "Petang tadi kata pukul 8.00, kenapa sekarang pukul 8.30 pulak?"
                "Err..tak, tadi dah bagitau yang lain, pukul 8.30 sebab ada yang nak bukak puasa lagi.. takut kelam kabut"
                "Kenapa suka tukar last2 minute??!! apa yang kelam kabut nya? ada yang dah sampai ni. Kenapa biar anak buah yang lain tunggu?"
                Talian dari sebelah sana dimatikan. Nur Al-Hamra', Timbalan Presiden II, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Al-Imtiyaz, terdiam seketika. Berderau kapilari darahnya dan tidak semena-mena mengalir laju sepantas degupan jantungnya setelah ditengking oleh Naufal, selaku Presiden. Nur Al-Hamra' diam dan tunduk sambil merenung telefon bimbit yang baru dimatikan talian dari corong sebelah sana. Jelas menunjukkan si pemanggil marah benar. Nur Al-Hamra' kesal atas kesilapannya. Dalam takut-takut dimarahi lagi, Nur Al-Hamra' sempat mencebik.
                'Kalut je nak marah-marah orang, eleh.. aku cuma nak tolong exco aku yang merayu suh tunda lewat sikit sebab nak bukak puasa sunat berjemaah je.. pastu nak solat lagi.. masjid plak jauh, bukannya dekat. Tu pun nak marah. Bukan meeting formal pun. Hish.. aku jugak yang kena, adoi.. yelah yelah, aku tau la aku salah.. tak payah la nak tengking-tengking..,' ngomel Nur Al-Hamra' sendirian sambil bingkas bangun mencapai buku nota, sebatang pen dan kunci kereta. Pintu bait dikuak, lalu dia berjalan dengan pantas menuju ke tempat letak kereta. Setelah melangkah masuk ke dalam perut kereta Proton Preve milik nya, lantas dipecutnya sepantas yang mungkin menuju ke destinasi, Bilik Musyawarah Majlis Perwakilan Mahasiswa Al-Imtiyaz.
                                                  ~~~~~~ * * * ~~~~~~
                "Asif jiddan..." ujar Nur Al-Hamra' takut-takut sebaik saja tiba di bilik musyawarah. Khuatir ditengking lagi. Nur Al-Hamra' memberanikan diri mengangkat muka sambil mengira dalam hati jumlah semua exco bawahannya yang hadir. Ternyata semua telah tiba lebih awal. "Mak ai.. boleh pulak depa ni sampai awal. Tadi beriya sangat pujuk rayu kat aku suh start meeting lambat. Memang padan lah si Singa tak tentu angin monsun timur laut tu marah-marah. Aku jugak la yang kena... adeh..". Dari jauh kelihatan wajah Naufal yang serius. Sedikit pun tidak tersenyum. Nur Al-Hamra' cepat-cepat duduk mengambil posisi.
                "Huh..garangnya! Ni yang buat skru lutut aku rasa longgar nak tercabut nih..cool..cool..," getus hati Nur Al-Hamra'.
                Selang beberapa minit, telefon bimbit milik Nur Al-hamra' bergetar memberi isyarat mesej masuk. Lantas dibuka dan dibaca.
               
                'Akak, maaf.. ada miss comunication.. kitorg ingat nk b'buka kat dlm bilik musyawarah ni je.. alih-alih press nampak kitorang.. dia masuk je, terus tanya akk mana.. kitorang cakap akk blum sampai lg.. tak tahu pulak dia nak join meeting ni.. kitorg tak sempat cakap meeting start kul 8.30, dia dah call akk.. siap marah2 lg..dh dye marah2, kitorg diam seribu bhs je lh..'
                '0o.. ea ke..hmm..xpe lah.. akk just inform kat dye ptg td yg meeting kte kul 8.00, tu msg mula2..lps dh cancel tu akk x inform kat dye dh..akk pn x thu dye nk join meetg ni.. x thu lh apa angin press nk turun padang. erm, dh tu berbuka ape je?'
                'kurma dgn air masak je kak..'
                Mesej terhenti di situ kerana belum pun sempat Nur Al-Hamra' membalas mesej seterusnya, Naufal bersuara. Sedikit tegas, "Tolong fokus pada perbincangan ya.." Dush! Nur Al-Hamra' terkena lagi.
                'dia ni memang tak boleh tengok orang bahagia, huh!!' Nur Al-Hamra' bermonolog sendirian. Geram. Ditahan rasa geramnya dengan sabar. Ya! dia harus akur dengan teguran itu kerana sifat Nur Al-Hamra', bila menaip mesej, dia hanya fokus pada telefon bimbitnya dan tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya... cepat-cepat Nur Al-Hamra' meletakkan telefon bimbitnya di tepi, dan terus memberi tumpuan pada sessi perbincangan.
               
                'bzzzzzzzzttt' sekali lagi telefon bimbitnya bergetar.
               
                'Oit, fokus! kan dh kena tegur..kah kah kah,' kali ini mesej daripada Fahri.
               
                'Mangkok betul dia ni... argh..' bisik hati Nur Al-Hamra'. Sengaja dibiarkan mesej itu tidak berbalas. Malas, bercampur risau ditegur lagi oleh si Naufal.

                Setengah jam kemudian, seusai tamat sessi perbincangan, sekali lagi Naufal bersuara.
                "Okeyh..dah settle semua nanti, sebelum dateline, ana nak unit pengisian ni link dengan unit persiapan dan teknikal. Tak nak last minute nanti baru terhegeh-hegeh nak adjust itu ini. Make sure list barang or bahan-bahan untuk LDK tu check betul-betul. Jangan ada yang tertinggal. Ana tak suka last minute baru nak tampung mana yang tak de. Lagi 1, suka ana nak ingatkan, dateline meeting semua unit hari khamis ni, jam 5 petang. Sharp!"

                Dush! Terkena dengan batang hidung si Nur Al-Hamra' buat kesekian kalinya. Sengaja Naufal menekan sedikit suaranya pada perkataan "sharp" bermakna "tepat."

                                               ~~~~~~ * * * ~~~~~~
                "Kesian aku tengok Minah Kelam tu.. nape la ko suka sangat marah dia.. haish..", keluh si Fahri sebaik saja sampai di bilik kolej kediaman. Belum pun sempat Naufal melabuhkan punggungnya di atas kerusi, Fahri sudah mengajukan soalan. Berkerut dahi Naufal bila dia disoal dalam keluhan begitu.
                "Minah Kelam?? Sape? minah mana pulak aku marah ni...?"
                "Alah kau ni buat-buat tak tahu pulak.. Si Hamra' tu la.. kau asyik marah dia je.. kesian dia aku tengok"
                "Kau panggil dia Minah Kelam?" soal Naufal sambil tersengih.
                "Teruk betul gelaran kau bagi kat dia.. semarah-marah aku pun, takde pulak aku bagi gelaran apa-apa kat dia"
                "Yelah.. kau call dia tadi pun, ayat tak berlapik ko tu boleh buat pempuan tu nangis ko tau tak.. termasuk la dengan nada suara kau tu. Pastu time meeting ko 'smash' dia dengan kata-kata 'perlian'.. memang makan dalam..Kesiaaan dia. Dia tu pompuan, muslimat... berjiwa sensitif.. ko kena faham tu."
                Naufal tersengih mendengar bebelan Fahri, sahabat akrabnya juga merangkap teman sebilik di kampus. Mereka tinggal bertiga bersama seorang lagi sahabat akrab mereka, Haikal. Naufal dan Fahri mengambil ijazah sarjana muda dalam jurusan yang sama, jurusan Syariah manakala Haikal mengambil jurusan Kejuruteraan Automotif. Haikal, walaupun dia mengambil kos yang berbeza dengan Naufal dan Fahri, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bertiga menjadi rapat.
                Walaupun begitu, hakikatnya mereka bertiga masing-masing mempunyai watak yang berbeza. Naufal, seorang yang agak pendiam, tidak banyak bercakap. Namun, dia lebih suka bercakap 'straight to the point', tiada kiasan mahupun majaz.  Juga agak panas baran. Berbeza dengan Fahri, seorang yang banyak mulut, pandai memeriahkan suasana dan berjiwa sentimental, penyabar. Manakala Haikal pula seorang yang sangat sibuk dengan tugasan, juga boleh dikatakan ulat buku dan ulat muka buku. Kerja nya lebih banyak menghadap komputer. Sungguhpun begitu, mereka bertiga mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi. Kerap kali juga mereka berdiskusi dan membincangkan soal hukum-hukum agama. Sambil makan, sambil menonton tv juga mereka boleh berbicara soal fiqh. Sama-sama hebat, sama-sama mempunyai keinginan untuk terus mengkaji dan mendalami ilmu agama.
                Lelaki, sangat mudah 'ngam' dalam menjalin persahabatan. Cukup hanya dengan mukaddimah perkenalan ' satu fahaman yang sama' atau sefikrah, mereka sudah boleh seakrab begini. Ditambah pula dengan 'satu tabiat yang sama', mereka sudah boleh 'masuk' kerana 'sekepala', iaitu "Kaki jalan". Mereka bertiga memang mudah diajak keluar. Makan di luar bersama, main bola bersama, berjalan-jalan menghirup udara segar bersama dan yang paling penting adalah ke masjid bersama. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama itu lah yang menjadikan mereka begitu akrab meskipun masing-masing sibuk dengan tugasan seorang pelajar bergelar siswa.
                "Oi, ko sengih je apesal? Aku punya soalan kau tak jawab lagi"
                "Dah dia buat salah, aku marah la," balas Naufal selamba.
                "Bukan salah dia sepenuhnya.. tu la kau. Nak marah-marah, lain kali tanya aku dulu. Cuak giler aku tengok muka Minah Kelam tu tadi, haish.. kesian, kesian.."
                "Yang kau duk mengeluh tu apesal? kesian sangat ke? Teruk ke Naufal marah dia?" soal Haikal yang dari tadi menghadap laptop, akhirnya bersuara.
                "Boleh tahan teruk jugak la Naufal marah dia. Meeting tu daripada santai, tak formal, terus jadi meeting formal. Macam meeting dengan PM dah aku rasa. Silent mode kot.."
                "Lah... patutnya kalau meeting dengan PM, lagi lah bising pasal banyak bende nak tanya PM"
                "Argh..diam lah kau, Haikal. Buat keje tu. Jangan menyampok orang muda-muda bersembang"
                "Hahaha, perasan muda! Yang kau kesian sangat tu, kau ada hati kat minah tu ke? minah ape kau sebut tadi? erm..ha, Minah Kelam. Eh, aku tak kata, kau sorang je yang kata"
                "Ha'ah, kau ada hati kat dia la tu..," balas Naufal mencelah seraya mengiyakan kata-kata Haikal.
                "Weh..agak-agak la. Dia tu kawan baik aku kot. Kitorang daripada sekolah rendah, belajar kat sekolah yang sama, sekolah menengah sampai lah dah masuk universiti pun sama-sama. Memang aku dah masak sangat la perangai dia tu. Member kamcing la...," ujar Fahri memberi penjelesan. Cepat-cepat menangkis tohmahan tidak berasas itu.
                "Ceh.. member kamcing konon.. Tak nak mengaku tu, cakap je lah...," ujar Haikal.
                "Betul la..adoi, payah cakap dengan orang yang susah nak memahami ni. Eh, tapi kan.. bila aku 'TER'tengok si Hamra' tu cuak giler, nampak comel lah pulak. Hahaha..," tawa si Fahri memecah kesunyian malam. Haikal dan Fahri turut ketawa.
                "Dah.. jangan nak menggatal. Eh, korang berdua belum solat Isyak lagi, kan? gi solat sekarang!" arah Haikal, mengingatkan Naufal dan Fahri yang masih belum solat seusai mesyuarat tadi.
                "Baik, syeikh..." balas Fahri dan Naufal serentak.
                                              ~~~~~~ * * * ~~~~~~
                Pagi yang hening, di Maktabah, kelihatan Nur Al-Hamra' sedang khusyuk membuat nota ringkas merujuk kepada kitab Fiqh Jinayat. Semangat benar si gadis itu membuat nota berbentuk peta minda. Tujuannya agar mudah dibaca, difahami dan dihafal. Setelah selesai menyiapkan beberapa peta minda, tuntas dia membaca, fahami dan mula menghafal. Seusai dia berpuas hati dengan hafalannya, bebola matanya dikalihkan ke sebelah kanan pula dan tertancap pada buku 'Panduan Kendali Usrah Remaja'. Lalu diambil dan dibuka.  Dibaca satu-persatu isi di dalamnya. Itu lah Nur Al-Hamra'. Selain bergelar seorang pelajar dan Timbalan Presiden II dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa, dia juga turut memikul amanah sebagai Timbalan Amirah dalam Kelab Rakan Masjid. Dia dibimbing oleh Ustazah Humaira' Atiekah selaku Murabbi atau Penasihat Hal Ehwal Muslimat dalam Kelab Rakan Masjid. Segala permasalahan dan perbincangan serta buah fikiran banyak diadu dan dilontarkan kepada pensyarah kesayangannya itu.
                Nur Al-Hamra' serta beberapa orang exco bawahannya diamanahkan menjaga kebajikan kaum muslimat di kampus disamping memastikan aurat, pemakaian, tingkah laku terjaga serta mengajak kaum muslimat mengimarahkan masjid kampus. Jadual hariannya sangat padat. Kelas, kuliah, assignment, usrah, program, meeting, kem dan macam-macam lagi tugasan yang menuntut pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit. Namun, Nur Al-Hamra' tidak sesekali mengeluh walaupun kadang-kadang rasa penat pasti datang menjengah.. segalanya ditepis dengan sifat sabar dan terus istiqomah. Mehnah itu lumrah.. sunnah orang berjuang...
                Pembacaan Nur Al-Hamra' serta-merta terhenti setelah terdengar bunyi bip pada telefon bimbitnya. Petanda mesej masuk. Lalu dibukanya.

                'Kak, Una dgn Qila kat Cafe ni. Kitorang makan kat sini. Nak pesan ape2 x? Kitorang tolong belikan bungkus untuk akak'
                Rupanya mesej daripada teman sebiliknya, Husna dan Aqilah. Jam di tangan dikerling sekilas. Hah? dah pukul 12.30?? Patut lah perut sudah mula berbunyi. Memang sudah sampai waktu untuk tekak dan perut diberi layanan...
                'Erm.. x yah la bungkus2.. Rasa nak join korang la pulak.. Tunggu akak kat sana. Makan sekali,' balas Nur Al-Hamra' menaip dengan pantas sambil bingkas bangun. Buku-buku dan nota serta alat tulis disusun dan dibawa. Laju kakinya menghayun langkah keluar dari maktabah. Hala tujunya ke Cafe.
                'Ok, nak makan ape? Boleh kitorang ambikkan n bayar dulu untuk akak sekali,' mesej masuk lagi.
                Sambil berjalan pantas, jari Nur Al-Hamra' juga pantas menekan butang 'reply'. Sebaik sahaja dia mula menaip, terdengar namanya dipanggil. Segera dia menoleh ke belakang. Sedikit terkejut dengan panggilan itu.
                "Kenapa akh?" soal Nur Al-Hamra' mengangkat sedikit muka, kemudian tunduk. Malu dan tidak berani bertentangan mata. Sekaligus menjaga pandangan matanya. 'Ghaddhu Basor'.
                "Kad Matrik mana?" soal Zikri.
                Nur Al-Hamra' tidak segera menjawab soalan itu. Diraba-raba tudung labuhnya terlebih dahulu di bahagian leher. Sah! Kad Metriknya tidak tergantung di situ. Mana perginya? Nur Al-Hamra' mula runsing. Dibelek pula pada buku-buku yang sedang dipegang. Dalam kotak pensel juga dibelek. Dahinya berkerut cuba memikirkan di mana kali terakhir dia menyentuh kad metrik itu. Ya! tadi dia tidak memakainya, tapi sekadar diselitkan di celah-celah buku dan kotak pensil yang dibawanya dengan merapatkan bahan bacaan serta perkakas itu ke dada. Kemungkinan besar kad metrik itu terjatuh!
                "Eh, nak ke mana tu?" soal Zikri lagi.
                "Nak masuk balik maktabah la. Tertinggal kat dalam kot. err.. terjatuh tadi rasanya.."
                Zikri tersengih. Ditahan tawanya melihat gelagat Nur Al-Hamra' yang mula panik.
                "Ni ha.. ada kat akh nih.." ujar Zikri sambil mengeluarkan kad metrik Nur Al-Hamra' dari poket baju kemejanya lalu dihulurkan kad metrik itu kepada Nur Al-Hamra'.
                Nur Al-Hamra' tersipu malu. Macamana boleh ada pada Akh Zikri? Di mana dia jumpa? Terjatuhkah? Segala persoalan yang bermain di mindanya didiamkan lantaran bibir secara automatik terkunci rapat. Disambutnya huluran kad metrik itu dengan penuh hati-hati agar tidak tersentuh jari masing-masing. Matanya hanya tertumpu pada kad metrik. Setelah kad metrik bertukar tangan, Nur Al-Hamra' masih tunduk memandang lantai sambil cepat-cepat mengucapkan terima kasih dan segera berpaling semula. Dan yang pasti, dia ingin segera pergi dari situ. Malu!
                "Eh.. sat, sat. Talinya mana, Hamra'?" soal Zikri lagi.
                Eh, eh.. sekali lagi Nur Al-Hamra' tercari-cari. Macamana boleh tak perasan kad metrik yang dihulur hanyalah 'kad' sahaja tanpa tali? Ah, sudah.. buat kesekian kalinya Nur Al-Hamra' jadi tidak keruan. Kelam.
                "Ni ha.... jap," ujar Zikri sambil mengambil tali yang tertulis 'Universiti Al-Imtiyaz' dari dalam kocek seluar slacknya. Buat kesekian kali juga Zikri tersengih melihat gelagat Nur Al-Hamra'. Serta-merta wajah Nur Al-Hamra' berubah menjadi merah padam menahan malu.
                "Terima kasih," ujar Nur Al-Hamra' sambil menarik dengan pantas tali yang dihulur oleh Zikri. Nur Al-Hamra' terus pergi meninggalkan Zikri yang dari tadi tersengih-sengih. Tidak mahu lagi dia lama-lama berdiri di hadapan lelaki itu. Sungguh, dia malu tidak terkata! Zikri pula tidak dapat menahan tawanya. Akhirnya berderai juga.
                Hayunan langkah Nur Al-Hamra' terhenti sekali lagi. Kali ini kerana telefon bimbitnya berbunyi dengan nada dering lagu yang bertajuk 'Hamba Mu', lagu khas Imam Muda, nyanyian Akil Hayy dan Mawi. Cepat-cepat dia menjawab mendapatkan telefon bimbit Samsung Galaxy Mininya itu. Panggilan dijawab.
                "Assalamu'alaikum.."
                "Wa'alaikumussalam... akak, cepat ler.. nak makan ape ni? kitorang dah kat kaunter bayaran ni.. hantar mesej tak berbalas"
                "Oh.. sorry-sorry.. akak ingat dah reply.. oh ya! akak jumpa someone tadi. Lupa nak mesej balik. Maaf sangat-sangat.."

                "Haish.. macam baru lepas jumpa putera raja, sampai lupa nak mesej kitorang balik," gurau Husna.
                "Heheh.. putera raja lah sangat..  tak pe lah. Korang bayar dulu. Akak pun dah nak sampai ni. Biar akak pilih lauk sendiri. Terima kasih banyak-banyak call akak", balas Nur Al-Hamra' tidak mahu menyusahkan.
                "Ok, kak. Alah.. call akak tu small matter lah.. Una dengan Qila tunggu akak mesej tak berbalas, ingat akak ada meeting tergempar lagi. Tu la pasal kitorang call terus, jadi ke tidak nak makan dengan kitorang berdua..rupanya jumpa putera raja..hihihi"
                "Hihihi.. merepek lah korang ni. Ha, ni Prince Charming on the way nak sampai. K, assalamualaikum."
                "Waalaikumussalam"
                Nur Al-Hamra' tersenyum sendirian. Hatinya terhibur dengan usikan mesra adik-adik 'roomate'nya itu. Dalam diam, dia panjatkan syukur kepada Allah kerana punya teman sebilik yang sangat memahami. Soal makan minumnya dijaga. Jika tidak sempat makan kerana tugas yang bertimbun, adik-adik sebiliknya itu lah yang membelikan makanan bungkus untuknya. Pakaian yang disidai di pagi hari sebelum ke kelas, pada waktu petang mereka berdua lah yang akan mengangkat pakaiannya di ampaian...
                Putera Raja? Akh Zikri? Kali ni Nur Al-Hamra' tersenyum lagi. Teringat gurauan si Husna tadi. Sambil berjalan sorang-sorang, dia tersenyum sorang-sorang! itu lah Nur Al-Hamra'.. macam-macam yang bermain di kotak fikirannya. Zikri!
                 Zikri adalah Amir atau ketua Kelab Rakan Masjid. Sebenarnya Nur Al-Hamra' dan Zikri itu sudah lama saling berhubung. Hubungan yang termeterai ini juga kerana mereka di'rakemenkan' oleh mantan Amirah Kelab Rakan Masjid, Ukht Aisyah. Setelah kedua-duanya saling berkenan, hubungan mereka telah diikat. Ikatan yang dimaksudkan bukanlah ikatan pernikahan mahupun pertunangan. Cuma ikatan antara keluarga masing-masing. Nur Al-Hamra' sudah dirisik dan tidak lama lagi mereka akan bertunang. Namun, ikatan ini dirahsiakan. Tidak ramai yang tahu. Hanya beberapa orang Majlis Tertinggi Kelab Rakan Masjid yang tahu. Teman sebilik Nur Al-Hamra' juga tidak tahu. Rahsia tetap rahsia.
                Hubungan mereka telah hampir mencecah 10 bulan. Dalam tempoh itu juga lah berlaku proses ta'aruf antara mereka. Sungguhpun begitu, mereka jarang sekali berhubung melalui perbualan di telefon atau nama saintifiknya 'bergayut'. Hanya pernah sekali. Itu pun Zikri menelefon Nur Al-Hamra' kerana ingin memaklumkan bahawa keluarganya akan bertandang ke rumah Nur Al-Hamra' untuk tujuan merisik. Hanya 1 panggilan itu! selebihnya mereka lebih gemar bermesej. Tetapi tidak kerap. Itu pun sekadar bertanya khabar dan selebihnya urusan kerja berkenaan Kelab Rakan Masjid.
                                                  ~~~~~~ * * * ~~~~~~
                Malam datang menyapa, sekaligus menyisihkan fajar senja. Kepekatan malam semakin kelam. Bunyi cengkerik mula memeriahkan suasana. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Nur Al-Hamra' sedang ralit membaca buku Fiqh Al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan), karangan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan diterjemah oleh Ahmad Nuryadi Asmawi. Sedang khusyuk dia membaca, tiba-tiba telefon bimbit Nur Al-Hamra' berbunyi. Ada mesej masuk. Disentuh telefon bimbit 'touch screen'nya itu. Tertera nama 'Akh Zikri'. Nur Al-Hamra' tersenyum. Mungkinkah si penghantar mesej ingin mengusiknya lagi gara-gara kejadian tengahari tadi?
                'Salam, Hamra'.....', mukaddimah mesej dari Zikri.
                'Wslm. Knp, akh?', soal Nur Al-Hamra' tidak sabar.
                'Petang tadi kawan akh dari Mesir call akh..', balas Zikri.
                'Oh.. ea ke...', soal Nur Al-Hamra' sedikit kecewa. Sangkaannya meleset.
                'Lama jugak lah kami bersembang. 1 jam'
                'Wow, lama tu.. haa.. kawan lelaki ke perempuan? :P', ada simbol karton menjelir lidah, tanda soalan menduga dengan niat ingin bergurau.
                'Kawan perempuan..'
                Serta-merta raut wajah Nur Al-Hamra' berubah. Dia terdiam buat seketika. Belum pun dia membalas mesej itu, mesej masuk lagi.
                'Kawan lama akh.. sekolah menengah sama dengan akh dulu. Sekarang kat Mesir. Lagi 2 minggu dia nak balik Malaysia'
                'Kawan lama ke kekasih lama? Jujur.'
                Diam. Tiada jawapan dari sebelah sana. Selang 5 minit, mesej yang ditunggu masuk.
                'Kekasih lama. Dia nak sambung balik dengan akh..'
                Serta-merta air mata Nur Al-Hamra' mengalir. Jatuh membasahi pipinya yang gebu. Dibiarkan saja air matanya berjuraian. Nur Al-Hamra' mencari kekuatan untuk membalas mesej itu semula.
                'Akh jawab apa? Setuju sambung balik?'
                'Akh x tahu..'
                'Akh beritahu pasal kite, x?'
                'x...akh x bgtahu..'
                'Akh ada hati kat dia lagi x?'
                'X tahu...'
                'Ok, kte putus. Akah baliklah pada dia.. Ana xpe.. ana x kisah.', balas Nur Al-Hamra' tipu. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Lagi diseka, lagi laju pula air itu keluar merembes ke pipi.
                Deringan lagu 'Kasihmu Amanahku' nyanyian kumpulan inteam dari telefon bimbit Nur Al-Hamra' mula berkumandang memecah kesunyian malam. Mujur Husna dan Aqilah sudah lena dibuai mimpi nan indah. Tidak pula mereka terjaga dengan bunyi deringan lagu yang sederhana kuat itu. Tidur mati! Tertera nama pemanggil, 'Akh Zikri'. Nur Al-Hamra' tersenyum dalam tangis. Kelihatan sifat tanggungjawab Zikri di situ. Cepat-cepat Nur Al-Hamra' mengesat air matanya dan berdehem berkali-kali bagi mengawal suaranya agar Zikri tidak dapat menghidu tangisannya. Panggilan dijawab.
                "Assalamualaikum..", sapa Nur Al-Hamra'. Cuba mengawal emosi.
                "Waalaikumussalam, Hamra'.. bukan akh tak nak cerita kat dia. Tapi akh tak tahu lah nak buat macamana.."
                "Ana faham. Kalau betul akh sayangkan hubungan kita, akh akan cerita semuanya pada dia. Tapi akh tak cerita pun. Itu tandanya akh tak sayangkan hubungan kita. Tambah pulak akh masih ada hati pada dia lagi.. Akh pergilah.. Ana redho. Mungkin dah lama dia tunggu akh..ana sedia undur diri".
                Air mata Nur Al-Hamra' mengalir laju. Namun dikawal suaranya agar tidak kedengaran bunyi tangisan. Dia menangis dalam hati. Sakit hati, kecewa, pedih! Semua bercampur-baur.
                "Hamra', bukan akh tak sayang hubungan kita. Akh sayang sangat-sangat.. cuma akh tak tahu nak buat macamana bila Huda tu datang balik dalam hidup akh. Dia cinta pertama akh. Susah akh nak lupakan dia.."
                "Oh..Huda namanya. Sampaikan salam ana kat dia. Tak pe lah akh.. Ana faham. Akh baliklah pada dia. Macam ana cakap tadi, ana redho. Lagipun masih sempat untuk kita putuskan hubungan ni. Kita belum pun bertunang. Pasal ummi dan abah ana, nanti pandailah ana uruskan. Akh jangan risau".
                "Hamra'... akh mintak maaf..", ujar Zikri bersungguh-sungguh.
                "Ana maafkan. Mulai hari ni, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi. Cukup sekadar rakan sejawat dalam urusan kerja. Terima kasih kerana pernah menerima dan menyayangi ana. Assalamualaikum."
                Nur Al-Hamra' menamatkan talian. Dia menangis sepuas-puasnya. Dalam tangis, dia menunggu mesej susulan dari Zikri. Namun tiada. Mungkin juga Zikri telah mebuat keputusan bahawa memang dia akan kembali kepada kekasih lamanya itu! Sedih dan kecewa. Jelas terbayang drama tengahari tadi di hadapan maktabah. Insiden 'kad metrik' jelas terpampang di hadapan mata Nur Al-Hamra'. Terasa baru sahaja dia merasa begitu bahagia. Kini, hatinya sakit. Makin sakit. Perit. Dia menangis sepuas hati dengan harapan tangisan itu akan terhenti sendiri. Dia terus menangis, menangis dan menangis hingga terlena.. Lena di meja 'study'.
                                                 ~~~~~~ * * * ~~~~~~
                Sudah seminggu kejadian malam itu berlalu pergi. Nur Al-Hamra' masih tidak dapat melupakan segala yang terjadi. Semuanya begitu pantas. Nur Al-Hamra' menghadap hari-hari yang begitu sukar kerana kerap bertemu dengan Zikri dalam liqo'. Zikri juga serba salah. Sebenarnya Zikri juga tidak tahu samada keputusannya tepat atau tidak. Yang dia tahu, dia telah mengecewakan gadis tidak bersalah itu. Dalam diam, dia mendoakan yang terbaik buat Nur Al-Hamra'.
                Sedang Nur Al-Hamra' leka menikmati udara segar bersama Husna dan Aqilah di tepi tasik buatan dalam kampus kediaman mereka, Nur Al-Hamra' menerima panggilan telefon entah daripada siapa. Segera dia menjawab.
                "Hello, assalamualaikum"
                "Waalaikumussalam. Oit, aku lah.. Fahri ni"
                "Kau ni kan.. eii... bila pulak tukar nombor ni? Menyampah aku. Tawu lah awek ramai"
                Panggilan dari Fahri rupanya. Nur Al-Hamra' memang tidak dapat mengawal mood kesopanannya bila berbual dengan Fahri. Bahasa yang digunakan juga 'aku-kau', tidak seperti dengan lelaki-lelaki lain. Semua ber'ana-enta'. Tetapi tidak dengan Fahri. Bukan tidak pernah cuba, tapi tidak terdaya. Sahabat akrab dari sekolah rendah. Panggilan dan perangai sukar diubah. Itulah mereka. Sudah seperti adik-beradik.
                "Ops..ops.. yang tu aku nak betulkan sikit ek. Salah tu awek ramai. Aku setia pada yang satu, tau"
                "Yelah, yelah.. kirim salam kat Ha, Kho, Dal, Dzal kau tu"
                "Melampau betul kau ni. Pembetulan, Zulaikha @ Kho, ok?'
                "Yelah..whatever lah, hah.. apesal call aku nih?"
                "Amboi.. call pun tak boleh ke? Ni ha.. aku nak tanya kau ni. Betul ke kau dah putus dengan Zikri? Lagi 1, bila masa kau couple dengan mamat tu? 1 blok aku dah kecoh.. Kau ni.. tak cerita kat aku pun"
                "Aik, mana dapat sumber ni? Yaqin sahih??"
                "Sumber S.O.H.I.H.. dah la, kau tak payah nak buat-buat terkejut pulak. Patutlah sejak 2 menjak ni aku nampak muka kau lain macam. Muka sedih je.."
                "Bile pulak kau nampak muka aku sedih? Aku rasa happy je.."
                "Dah, dah.. malas aku nak bertekak dengan kau ni. Payah sangat nak mengakui kebenaran. Ni haa.. aku nak sampaikan hajat ni. Ada orang suruh tanya aku.. dia berkenan kat kau. Kau sudi tak terima dia?"
                "Merepek lah kau ni.. kau nak cakap apa sebenarnya? Kho ada pakwe lain ke?"
                "Ya allah..dia ni.. aku cakap betul lah. Bukan main-main.. yang pergi pusing pasal Kho tu apesal? Kau ni... aku serius ni"
                "Betul, serius? Ok, siapa lelaki tu? aku pun serius ni. Kau main-main, siap kau! Aku tak de masa nak main-main"
                "Ok, aku serius. Naufal.. dia asyik tanya pasal kau kat aku je sejak akhir-akhir ni. Aku pun masuk line la. Cucuk punya cucuk, rupanya dia ada hati kat kau lah.. dia suh aku tanya, kau tu kosong ke? Dia dah berkenan tu. Dia tunggu jawapan kau. Tu lah sebab aku tanya ni...ha, macamana? Kau terima?"
                "Naufal?? Presiden tu??"
                "Yo lah... Naufal mana lagi kat kampus ni yang aku dan kau kenal.."
                Nur Al-Hamra' terkasima. Kaku sebentar. Terkejut dengan khabaran itu. Telefon bimbit yang dipegangnya hampir terlepas. Muhammad Naufal!~