Prolog:
Sedang asyik si gadis memerhatikan kebesaran Allah
SWT, tak berkedip bebola matanya memandang awan yang sedang berarak ceria,
pohon-pohon hijau melambai mengikut rentak sang bayu, tiba-tiba gerimis datang
tanpa diundang. Titisan hujan mula membasahi bumi. Bisik hati si gadis,
"Begitulah aturan Tuhan. Langit tak selalu cerah. Hidup tak selalunya
indah." Si gadis bertudung labuh itu akur akan lumrah alam. Akur pada
kehendak Tuhan. Redho.
~~~~~~~ * * * ~~~~~~~
"Hello, Assalamualaikum"
"Ya, Waalaikumussalam"
"Kat mana?"
"Kat bait tolabah. Tengah siap"
"Kul berapa start meeting ni?"
"Pukul 8.30"
"Petang tadi kata pukul 8.00, kenapa sekarang
pukul 8.30 pulak?"
"Err..tak, tadi dah bagitau yang lain, pukul
8.30 sebab ada yang nak bukak puasa lagi.. takut kelam kabut"
"Kenapa suka tukar last2 minute??!! apa yang
kelam kabut nya? ada yang dah sampai ni. Kenapa biar anak buah yang lain
tunggu?"
Talian dari sebelah sana dimatikan. Nur Al-Hamra',
Timbalan Presiden II, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Al-Imtiyaz,
terdiam seketika. Berderau kapilari darahnya dan tidak semena-mena mengalir
laju sepantas degupan jantungnya setelah ditengking oleh Naufal, selaku
Presiden. Nur Al-Hamra' diam dan tunduk sambil merenung telefon bimbit yang
baru dimatikan talian dari corong sebelah sana. Jelas menunjukkan si pemanggil
marah benar. Nur Al-Hamra' kesal atas kesilapannya. Dalam takut-takut dimarahi
lagi, Nur Al-Hamra' sempat mencebik.
'Kalut je nak marah-marah orang, eleh.. aku cuma nak
tolong exco aku yang merayu suh tunda lewat sikit sebab nak bukak puasa sunat
berjemaah je.. pastu nak solat lagi.. masjid plak jauh, bukannya dekat. Tu pun
nak marah. Bukan meeting formal pun. Hish.. aku jugak yang kena, adoi.. yelah
yelah, aku tau la aku salah.. tak payah la nak tengking-tengking..,' ngomel Nur
Al-Hamra' sendirian sambil bingkas bangun mencapai buku nota, sebatang pen dan
kunci kereta. Pintu bait dikuak, lalu dia berjalan dengan pantas menuju ke
tempat letak kereta. Setelah melangkah masuk ke dalam perut kereta Proton Preve
milik nya, lantas dipecutnya sepantas yang mungkin menuju ke destinasi, Bilik
Musyawarah Majlis Perwakilan Mahasiswa Al-Imtiyaz.
~~~~~~
* * * ~~~~~~
"Asif jiddan..." ujar Nur Al-Hamra'
takut-takut sebaik saja tiba di bilik musyawarah. Khuatir ditengking lagi. Nur
Al-Hamra' memberanikan diri mengangkat muka sambil mengira dalam hati jumlah
semua exco bawahannya yang hadir. Ternyata semua telah tiba lebih awal. "Mak
ai.. boleh pulak depa ni sampai awal. Tadi beriya sangat pujuk rayu kat aku suh
start meeting lambat. Memang padan lah si Singa tak tentu angin monsun timur
laut tu marah-marah. Aku jugak la yang kena... adeh..". Dari jauh
kelihatan wajah Naufal yang serius. Sedikit pun tidak tersenyum. Nur Al-Hamra'
cepat-cepat duduk mengambil posisi.
"Huh..garangnya! Ni yang buat skru lutut aku
rasa longgar nak tercabut nih..cool..cool..," getus hati Nur Al-Hamra'.
Selang beberapa minit, telefon bimbit milik Nur
Al-hamra' bergetar memberi isyarat mesej masuk. Lantas dibuka dan dibaca.
'Akak, maaf.. ada miss comunication.. kitorg ingat nk
b'buka kat dlm bilik musyawarah ni je.. alih-alih press nampak kitorang.. dia
masuk je, terus tanya akk mana.. kitorang cakap akk blum sampai lg.. tak tahu
pulak dia nak join meeting ni.. kitorg tak sempat cakap meeting start kul 8.30,
dia dah call akk.. siap marah2 lg..dh dye marah2, kitorg diam seribu bhs je
lh..'
'0o.. ea ke..hmm..xpe lah.. akk just inform kat dye
ptg td yg meeting kte kul 8.00, tu msg mula2..lps dh cancel tu akk x inform kat
dye dh..akk pn x thu dye nk join meetg ni.. x thu lh apa angin press nk turun
padang. erm, dh tu berbuka ape je?'
'kurma dgn air masak je kak..'
Mesej terhenti di situ kerana belum pun sempat Nur
Al-Hamra' membalas mesej seterusnya, Naufal bersuara. Sedikit tegas,
"Tolong fokus pada perbincangan ya.." Dush! Nur Al-Hamra' terkena
lagi.
'dia ni memang tak boleh tengok orang bahagia, huh!!' Nur Al-Hamra' bermonolog sendirian. Geram. Ditahan rasa geramnya dengan sabar. Ya! dia harus akur dengan teguran itu kerana sifat Nur Al-Hamra', bila menaip mesej, dia hanya fokus pada telefon bimbitnya dan tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya... cepat-cepat Nur Al-Hamra' meletakkan telefon bimbitnya di tepi, dan terus memberi tumpuan pada sessi perbincangan.
'dia ni memang tak boleh tengok orang bahagia, huh!!' Nur Al-Hamra' bermonolog sendirian. Geram. Ditahan rasa geramnya dengan sabar. Ya! dia harus akur dengan teguran itu kerana sifat Nur Al-Hamra', bila menaip mesej, dia hanya fokus pada telefon bimbitnya dan tidak tahu-menahu apa yang sedang berlaku di sekelilingnya... cepat-cepat Nur Al-Hamra' meletakkan telefon bimbitnya di tepi, dan terus memberi tumpuan pada sessi perbincangan.
'bzzzzzzzzttt' sekali lagi telefon bimbitnya
bergetar.
'Oit, fokus! kan dh kena tegur..kah kah kah,' kali
ini mesej daripada Fahri.
'Mangkok betul dia ni... argh..' bisik hati Nur
Al-Hamra'. Sengaja dibiarkan mesej itu tidak berbalas. Malas, bercampur risau
ditegur lagi oleh si Naufal.
Setengah jam kemudian, seusai tamat sessi
perbincangan, sekali lagi Naufal bersuara.
"Okeyh..dah settle semua nanti, sebelum
dateline, ana nak unit pengisian ni link dengan unit persiapan dan teknikal.
Tak nak last minute nanti baru terhegeh-hegeh nak adjust itu ini. Make sure
list barang or bahan-bahan untuk LDK tu check betul-betul. Jangan ada yang
tertinggal. Ana tak suka last minute baru nak tampung mana yang tak de. Lagi 1,
suka ana nak ingatkan, dateline meeting semua unit hari khamis ni, jam 5
petang. Sharp!"
Dush! Terkena dengan batang hidung si Nur Al-Hamra' buat kesekian kalinya. Sengaja Naufal menekan sedikit suaranya pada perkataan "sharp" bermakna "tepat."
Dush! Terkena dengan batang hidung si Nur Al-Hamra' buat kesekian kalinya. Sengaja Naufal menekan sedikit suaranya pada perkataan "sharp" bermakna "tepat."
~~~~~~ * * * ~~~~~~
"Kesian aku tengok Minah Kelam tu.. nape la ko
suka sangat marah dia.. haish..", keluh si Fahri sebaik saja sampai di
bilik kolej kediaman. Belum pun sempat Naufal melabuhkan punggungnya di atas
kerusi, Fahri sudah mengajukan soalan. Berkerut dahi Naufal bila dia disoal
dalam keluhan begitu.
"Minah Kelam?? Sape? minah mana pulak aku marah ni...?"
"Alah kau ni buat-buat tak tahu pulak.. Si Hamra' tu la.. kau asyik marah dia je.. kesian dia aku tengok"
"Kau panggil dia Minah Kelam?" soal Naufal sambil tersengih.
"Teruk betul gelaran kau bagi kat dia.. semarah-marah aku pun, takde pulak aku bagi gelaran apa-apa kat dia"
"Yelah.. kau call dia tadi pun, ayat tak berlapik ko tu boleh buat pempuan tu nangis ko tau tak.. termasuk la dengan nada suara kau tu. Pastu time meeting ko 'smash' dia dengan kata-kata 'perlian'.. memang makan dalam..Kesiaaan dia. Dia tu pompuan, muslimat... berjiwa sensitif.. ko kena faham tu."
"Minah Kelam?? Sape? minah mana pulak aku marah ni...?"
"Alah kau ni buat-buat tak tahu pulak.. Si Hamra' tu la.. kau asyik marah dia je.. kesian dia aku tengok"
"Kau panggil dia Minah Kelam?" soal Naufal sambil tersengih.
"Teruk betul gelaran kau bagi kat dia.. semarah-marah aku pun, takde pulak aku bagi gelaran apa-apa kat dia"
"Yelah.. kau call dia tadi pun, ayat tak berlapik ko tu boleh buat pempuan tu nangis ko tau tak.. termasuk la dengan nada suara kau tu. Pastu time meeting ko 'smash' dia dengan kata-kata 'perlian'.. memang makan dalam..Kesiaaan dia. Dia tu pompuan, muslimat... berjiwa sensitif.. ko kena faham tu."
Naufal tersengih mendengar bebelan Fahri, sahabat
akrabnya juga merangkap teman sebilik di kampus. Mereka tinggal bertiga bersama
seorang lagi sahabat akrab mereka, Haikal. Naufal dan Fahri mengambil ijazah
sarjana muda dalam jurusan yang sama, jurusan Syariah manakala Haikal mengambil
jurusan Kejuruteraan Automotif. Haikal, walaupun dia mengambil kos yang berbeza
dengan Naufal dan Fahri, itu tidak menjadi penghalang untuk mereka bertiga
menjadi rapat.
Walaupun begitu, hakikatnya mereka bertiga
masing-masing mempunyai watak yang berbeza. Naufal, seorang yang agak pendiam,
tidak banyak bercakap. Namun, dia lebih suka bercakap 'straight to the point',
tiada kiasan mahupun majaz. Juga agak
panas baran. Berbeza dengan Fahri, seorang yang banyak mulut, pandai
memeriahkan suasana dan berjiwa sentimental, penyabar. Manakala Haikal pula
seorang yang sangat sibuk dengan tugasan, juga boleh dikatakan ulat buku dan
ulat muka buku. Kerja nya lebih banyak menghadap komputer. Sungguhpun begitu,
mereka bertiga mempunyai ilmu agama yang sangat tinggi. Kerap kali juga mereka
berdiskusi dan membincangkan soal hukum-hukum agama. Sambil makan, sambil
menonton tv juga mereka boleh berbicara soal fiqh. Sama-sama hebat, sama-sama
mempunyai keinginan untuk terus mengkaji dan mendalami ilmu agama.
Lelaki, sangat mudah 'ngam' dalam menjalin
persahabatan. Cukup hanya dengan mukaddimah perkenalan ' satu fahaman yang
sama' atau sefikrah, mereka sudah boleh seakrab begini. Ditambah pula dengan
'satu tabiat yang sama', mereka sudah boleh 'masuk' kerana 'sekepala', iaitu
"Kaki jalan". Mereka bertiga memang mudah diajak keluar. Makan di
luar bersama, main bola bersama, berjalan-jalan menghirup udara segar bersama
dan yang paling penting adalah ke masjid bersama. Aktiviti-aktiviti yang
dilakukan bersama itu lah yang menjadikan mereka begitu akrab meskipun
masing-masing sibuk dengan tugasan seorang pelajar bergelar siswa.
"Oi, ko sengih je apesal? Aku punya soalan kau
tak jawab lagi"
"Dah dia buat salah, aku marah la," balas
Naufal selamba.
"Bukan salah dia sepenuhnya.. tu la kau. Nak
marah-marah, lain kali tanya aku dulu. Cuak giler aku tengok muka Minah Kelam
tu tadi, haish.. kesian, kesian.."
"Yang kau duk mengeluh tu apesal? kesian sangat
ke? Teruk ke Naufal marah dia?" soal Haikal yang dari tadi menghadap
laptop, akhirnya bersuara.
"Boleh tahan teruk jugak la Naufal marah dia.
Meeting tu daripada santai, tak formal, terus jadi meeting formal. Macam
meeting dengan PM dah aku rasa. Silent mode kot.."
"Lah... patutnya kalau meeting dengan PM, lagi
lah bising pasal banyak bende nak tanya PM"
"Argh..diam lah kau, Haikal. Buat keje tu.
Jangan menyampok orang muda-muda bersembang"
"Hahaha, perasan muda! Yang kau kesian sangat
tu, kau ada hati kat minah tu ke? minah ape kau sebut tadi? erm..ha, Minah
Kelam. Eh, aku tak kata, kau sorang je yang kata"
"Ha'ah, kau ada hati kat dia la tu..,"
balas Naufal mencelah seraya mengiyakan kata-kata Haikal.
"Weh..agak-agak la. Dia tu kawan baik aku kot.
Kitorang daripada sekolah rendah, belajar kat sekolah yang sama, sekolah
menengah sampai lah dah masuk universiti pun sama-sama. Memang aku dah masak
sangat la perangai dia tu. Member kamcing la...," ujar Fahri memberi
penjelesan. Cepat-cepat menangkis tohmahan tidak berasas itu.
"Ceh.. member kamcing konon.. Tak nak mengaku
tu, cakap je lah...," ujar Haikal.
"Betul la..adoi, payah cakap dengan orang yang
susah nak memahami ni. Eh, tapi kan.. bila aku 'TER'tengok si Hamra' tu cuak
giler, nampak comel lah pulak. Hahaha..," tawa si Fahri memecah kesunyian
malam. Haikal dan Fahri turut ketawa.
"Dah.. jangan nak menggatal. Eh, korang berdua
belum solat Isyak lagi, kan? gi solat sekarang!" arah Haikal, mengingatkan
Naufal dan Fahri yang masih belum solat seusai mesyuarat tadi.
"Baik, syeikh..." balas Fahri dan Naufal
serentak.
~~~~~~
* * * ~~~~~~
Pagi yang hening, di Maktabah, kelihatan Nur
Al-Hamra' sedang khusyuk membuat nota ringkas merujuk kepada kitab Fiqh
Jinayat. Semangat benar si gadis itu membuat nota berbentuk peta minda.
Tujuannya agar mudah dibaca, difahami dan dihafal. Setelah selesai menyiapkan
beberapa peta minda, tuntas dia membaca, fahami dan mula menghafal. Seusai dia
berpuas hati dengan hafalannya, bebola matanya dikalihkan ke sebelah kanan pula
dan tertancap pada buku 'Panduan Kendali Usrah Remaja'. Lalu diambil dan
dibuka. Dibaca satu-persatu isi di
dalamnya. Itu lah Nur Al-Hamra'. Selain bergelar seorang pelajar dan Timbalan
Presiden II dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa, dia juga turut memikul amanah
sebagai Timbalan Amirah dalam Kelab Rakan Masjid. Dia dibimbing oleh Ustazah
Humaira' Atiekah selaku Murabbi atau Penasihat Hal Ehwal Muslimat dalam Kelab
Rakan Masjid. Segala permasalahan dan perbincangan serta buah fikiran banyak
diadu dan dilontarkan kepada pensyarah kesayangannya itu.
Nur Al-Hamra' serta beberapa orang exco bawahannya
diamanahkan menjaga kebajikan kaum muslimat di kampus disamping memastikan
aurat, pemakaian, tingkah laku terjaga serta mengajak kaum muslimat
mengimarahkan masjid kampus. Jadual hariannya sangat padat. Kelas, kuliah, assignment,
usrah, program, meeting, kem dan macam-macam lagi tugasan yang menuntut
pengorbanan tenaga, masa dan wang ringgit. Namun, Nur Al-Hamra' tidak sesekali
mengeluh walaupun kadang-kadang rasa penat pasti datang menjengah.. segalanya
ditepis dengan sifat sabar dan terus istiqomah. Mehnah itu lumrah.. sunnah
orang berjuang...
Pembacaan Nur Al-Hamra' serta-merta terhenti setelah
terdengar bunyi bip pada telefon bimbitnya. Petanda mesej masuk. Lalu
dibukanya.
'Kak, Una dgn Qila kat Cafe ni. Kitorang makan kat
sini. Nak pesan ape2 x? Kitorang tolong belikan bungkus untuk akak'
Rupanya mesej daripada teman sebiliknya, Husna dan
Aqilah. Jam di tangan dikerling sekilas. Hah? dah pukul 12.30?? Patut lah perut
sudah mula berbunyi. Memang sudah sampai waktu untuk tekak dan perut diberi
layanan...
'Erm.. x yah la bungkus2.. Rasa nak join korang la
pulak.. Tunggu akak kat sana. Makan sekali,' balas Nur Al-Hamra' menaip dengan
pantas sambil bingkas bangun. Buku-buku dan nota serta alat tulis disusun dan
dibawa. Laju kakinya menghayun langkah keluar dari maktabah. Hala tujunya ke
Cafe.
'Ok, nak makan ape? Boleh kitorang ambikkan n bayar
dulu untuk akak sekali,' mesej masuk lagi.
Sambil berjalan pantas, jari Nur Al-Hamra' juga
pantas menekan butang 'reply'. Sebaik sahaja dia mula menaip, terdengar namanya
dipanggil. Segera dia menoleh ke belakang. Sedikit terkejut dengan panggilan
itu.
"Kenapa akh?" soal Nur Al-Hamra' mengangkat
sedikit muka, kemudian tunduk. Malu dan tidak berani bertentangan mata.
Sekaligus menjaga pandangan matanya. 'Ghaddhu Basor'.
"Kad Matrik mana?" soal Zikri.
Nur Al-Hamra' tidak segera menjawab soalan itu.
Diraba-raba tudung labuhnya terlebih dahulu di bahagian leher. Sah! Kad
Metriknya tidak tergantung di situ. Mana perginya? Nur Al-Hamra' mula runsing.
Dibelek pula pada buku-buku yang sedang dipegang. Dalam kotak pensel juga
dibelek. Dahinya berkerut cuba memikirkan di mana kali terakhir dia menyentuh
kad metrik itu. Ya! tadi dia tidak memakainya, tapi sekadar diselitkan di
celah-celah buku dan kotak pensil yang dibawanya dengan merapatkan bahan bacaan
serta perkakas itu ke dada. Kemungkinan besar kad metrik itu terjatuh!
"Eh, nak ke mana tu?" soal Zikri lagi.
"Nak masuk balik maktabah la. Tertinggal kat
dalam kot. err.. terjatuh tadi rasanya.."
Zikri tersengih. Ditahan tawanya melihat gelagat Nur
Al-Hamra' yang mula panik.
"Ni ha.. ada kat akh nih.." ujar Zikri
sambil mengeluarkan kad metrik Nur Al-Hamra' dari poket baju kemejanya lalu
dihulurkan kad metrik itu kepada Nur Al-Hamra'.
Nur Al-Hamra' tersipu malu. Macamana boleh ada pada
Akh Zikri? Di mana dia jumpa? Terjatuhkah? Segala persoalan yang bermain di
mindanya didiamkan lantaran bibir secara automatik terkunci rapat. Disambutnya
huluran kad metrik itu dengan penuh hati-hati agar tidak tersentuh jari
masing-masing. Matanya hanya tertumpu pada kad metrik. Setelah kad metrik
bertukar tangan, Nur Al-Hamra' masih tunduk memandang lantai sambil cepat-cepat
mengucapkan terima kasih dan segera berpaling semula. Dan yang pasti, dia ingin
segera pergi dari situ. Malu!
"Eh.. sat, sat. Talinya mana, Hamra'?" soal
Zikri lagi.
Eh, eh.. sekali lagi Nur Al-Hamra' tercari-cari.
Macamana boleh tak perasan kad metrik yang dihulur hanyalah 'kad' sahaja tanpa
tali? Ah, sudah.. buat kesekian kalinya Nur Al-Hamra' jadi tidak keruan. Kelam.
"Ni ha.... jap," ujar Zikri sambil
mengambil tali yang tertulis 'Universiti Al-Imtiyaz' dari dalam kocek seluar
slacknya. Buat kesekian kali juga Zikri tersengih melihat gelagat Nur
Al-Hamra'. Serta-merta wajah Nur Al-Hamra' berubah menjadi merah padam menahan
malu.
"Terima kasih," ujar Nur Al-Hamra' sambil
menarik dengan pantas tali yang dihulur oleh Zikri. Nur Al-Hamra' terus pergi
meninggalkan Zikri yang dari tadi tersengih-sengih. Tidak mahu lagi dia
lama-lama berdiri di hadapan lelaki itu. Sungguh, dia malu tidak terkata! Zikri
pula tidak dapat menahan tawanya. Akhirnya berderai juga.
Hayunan langkah Nur Al-Hamra' terhenti sekali lagi.
Kali ini kerana telefon bimbitnya berbunyi dengan nada dering lagu yang
bertajuk 'Hamba Mu', lagu khas Imam Muda, nyanyian Akil Hayy dan Mawi. Cepat-cepat
dia menjawab mendapatkan telefon bimbit Samsung Galaxy Mininya itu. Panggilan
dijawab.
"Assalamu'alaikum.."
"Wa'alaikumussalam... akak, cepat ler.. nak
makan ape ni? kitorang dah kat kaunter bayaran ni.. hantar mesej tak
berbalas"
"Oh.. sorry-sorry.. akak ingat dah reply.. oh
ya! akak jumpa someone tadi. Lupa nak mesej balik. Maaf sangat-sangat.."
"Haish.. macam baru lepas jumpa putera raja,
sampai lupa nak mesej kitorang balik," gurau Husna.
"Heheh.. putera raja lah sangat.. tak pe lah. Korang bayar dulu. Akak pun dah
nak sampai ni. Biar akak pilih lauk sendiri. Terima kasih banyak-banyak call
akak", balas Nur Al-Hamra' tidak mahu menyusahkan.
"Ok, kak. Alah.. call akak tu small matter lah..
Una dengan Qila tunggu akak mesej tak berbalas, ingat akak ada meeting
tergempar lagi. Tu la pasal kitorang call terus, jadi ke tidak nak makan dengan
kitorang berdua..rupanya jumpa putera raja..hihihi"
"Hihihi.. merepek lah korang ni. Ha, ni Prince
Charming on the way nak sampai. K, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam"
Nur Al-Hamra' tersenyum sendirian. Hatinya terhibur
dengan usikan mesra adik-adik 'roomate'nya itu. Dalam diam, dia panjatkan
syukur kepada Allah kerana punya teman sebilik yang sangat memahami. Soal makan
minumnya dijaga. Jika tidak sempat makan kerana tugas yang bertimbun, adik-adik
sebiliknya itu lah yang membelikan makanan bungkus untuknya. Pakaian yang
disidai di pagi hari sebelum ke kelas, pada waktu petang mereka berdua lah yang
akan mengangkat pakaiannya di ampaian...
Putera Raja? Akh Zikri? Kali ni Nur Al-Hamra'
tersenyum lagi. Teringat gurauan si Husna tadi. Sambil berjalan sorang-sorang,
dia tersenyum sorang-sorang! itu lah Nur Al-Hamra'.. macam-macam yang bermain
di kotak fikirannya. Zikri!
Zikri adalah
Amir atau ketua Kelab Rakan Masjid. Sebenarnya Nur Al-Hamra' dan Zikri itu
sudah lama saling berhubung. Hubungan yang termeterai ini juga kerana mereka
di'rakemenkan' oleh mantan Amirah Kelab Rakan Masjid, Ukht Aisyah. Setelah
kedua-duanya saling berkenan, hubungan mereka telah diikat. Ikatan yang
dimaksudkan bukanlah ikatan pernikahan mahupun pertunangan. Cuma ikatan antara
keluarga masing-masing. Nur Al-Hamra' sudah dirisik dan tidak lama lagi mereka
akan bertunang. Namun, ikatan ini dirahsiakan. Tidak ramai yang tahu. Hanya beberapa
orang Majlis Tertinggi Kelab Rakan Masjid yang tahu. Teman sebilik Nur
Al-Hamra' juga tidak tahu. Rahsia tetap rahsia.
Hubungan mereka telah hampir mencecah 10 bulan. Dalam
tempoh itu juga lah berlaku proses ta'aruf antara mereka. Sungguhpun begitu,
mereka jarang sekali berhubung melalui perbualan di telefon atau nama
saintifiknya 'bergayut'. Hanya pernah sekali. Itu pun Zikri menelefon Nur
Al-Hamra' kerana ingin memaklumkan bahawa keluarganya akan bertandang ke rumah
Nur Al-Hamra' untuk tujuan merisik. Hanya 1 panggilan itu! selebihnya mereka
lebih gemar bermesej. Tetapi tidak kerap. Itu pun sekadar bertanya khabar dan
selebihnya urusan kerja berkenaan Kelab Rakan Masjid.
~~~~~~
* * * ~~~~~~
Malam datang menyapa, sekaligus menyisihkan fajar senja.
Kepekatan malam semakin kelam. Bunyi cengkerik mula memeriahkan suasana. Jam
menunjukkan pukul 11.00 malam. Nur Al-Hamra' sedang ralit membaca buku Fiqh
Al-Aulawiyat (Fiqh Keutamaan), karangan Prof. Dr. Yusuf Al-Qardhawi dan
diterjemah oleh Ahmad Nuryadi Asmawi. Sedang khusyuk dia membaca, tiba-tiba
telefon bimbit Nur Al-Hamra' berbunyi. Ada mesej masuk. Disentuh telefon bimbit
'touch screen'nya itu. Tertera nama 'Akh Zikri'. Nur Al-Hamra' tersenyum.
Mungkinkah si penghantar mesej ingin mengusiknya lagi gara-gara kejadian
tengahari tadi?
'Salam, Hamra'.....', mukaddimah mesej dari Zikri.
'Wslm. Knp, akh?', soal Nur Al-Hamra' tidak sabar.
'Petang tadi kawan akh dari Mesir call akh..', balas
Zikri.
'Oh.. ea ke...', soal Nur Al-Hamra' sedikit kecewa.
Sangkaannya meleset.
'Lama jugak lah kami bersembang. 1 jam'
'Wow, lama tu.. haa.. kawan lelaki ke perempuan? :P',
ada simbol karton menjelir lidah, tanda soalan menduga dengan niat ingin
bergurau.
'Kawan perempuan..'
Serta-merta raut wajah Nur Al-Hamra' berubah. Dia
terdiam buat seketika. Belum pun dia membalas mesej itu, mesej masuk lagi.
'Kawan lama akh.. sekolah menengah sama dengan akh
dulu. Sekarang kat Mesir. Lagi 2 minggu dia nak balik Malaysia'
'Kawan lama ke kekasih lama? Jujur.'
Diam. Tiada jawapan dari sebelah sana. Selang 5
minit, mesej yang ditunggu masuk.
'Kekasih lama. Dia nak sambung balik dengan akh..'
Serta-merta air mata Nur Al-Hamra' mengalir. Jatuh
membasahi pipinya yang gebu. Dibiarkan saja air matanya berjuraian. Nur
Al-Hamra' mencari kekuatan untuk membalas mesej itu semula.
'Akh jawab apa? Setuju sambung balik?'
'Akh x tahu..'
'Akh beritahu pasal kite, x?'
'x...akh x bgtahu..'
'Akh ada hati kat dia lagi x?'
'X tahu...'
'Ok, kte putus. Akah baliklah pada dia.. Ana xpe..
ana x kisah.', balas Nur Al-Hamra' tipu. Air matanya tidak henti-henti
mengalir. Lagi diseka, lagi laju pula air itu keluar merembes ke pipi.
Deringan lagu 'Kasihmu Amanahku' nyanyian kumpulan
inteam dari telefon bimbit Nur Al-Hamra' mula berkumandang memecah kesunyian
malam. Mujur Husna dan Aqilah sudah lena dibuai mimpi nan indah. Tidak pula
mereka terjaga dengan bunyi deringan lagu yang sederhana kuat itu. Tidur mati!
Tertera nama pemanggil, 'Akh Zikri'. Nur Al-Hamra' tersenyum dalam tangis.
Kelihatan sifat tanggungjawab Zikri di situ. Cepat-cepat Nur Al-Hamra' mengesat
air matanya dan berdehem berkali-kali bagi mengawal suaranya agar Zikri tidak
dapat menghidu tangisannya. Panggilan dijawab.
"Assalamualaikum..", sapa Nur Al-Hamra'.
Cuba mengawal emosi.
"Waalaikumussalam, Hamra'.. bukan akh tak nak
cerita kat dia. Tapi akh tak tahu lah nak buat macamana.."
"Ana faham. Kalau betul akh sayangkan hubungan
kita, akh akan cerita semuanya pada dia. Tapi akh tak cerita pun. Itu tandanya
akh tak sayangkan hubungan kita. Tambah pulak akh masih ada hati pada dia
lagi.. Akh pergilah.. Ana redho. Mungkin dah lama dia tunggu akh..ana sedia
undur diri".
Air mata Nur Al-Hamra' mengalir laju. Namun dikawal
suaranya agar tidak kedengaran bunyi tangisan. Dia menangis dalam hati. Sakit
hati, kecewa, pedih! Semua bercampur-baur.
"Hamra', bukan akh tak sayang hubungan kita. Akh
sayang sangat-sangat.. cuma akh tak tahu nak buat macamana bila Huda tu datang
balik dalam hidup akh. Dia cinta pertama akh. Susah akh nak lupakan dia.."
"Oh..Huda namanya. Sampaikan salam ana kat dia.
Tak pe lah akh.. Ana faham. Akh baliklah pada dia. Macam ana cakap tadi, ana
redho. Lagipun masih sempat untuk kita putuskan hubungan ni. Kita belum pun
bertunang. Pasal ummi dan abah ana, nanti pandailah ana uruskan. Akh jangan
risau".
"Hamra'... akh mintak maaf..", ujar Zikri
bersungguh-sungguh.
"Ana maafkan. Mulai hari ni, kita dah tak ada
apa-apa hubungan lagi. Cukup sekadar rakan sejawat dalam urusan kerja. Terima
kasih kerana pernah menerima dan menyayangi ana. Assalamualaikum."
Nur Al-Hamra' menamatkan talian. Dia menangis
sepuas-puasnya. Dalam tangis, dia menunggu mesej susulan dari Zikri. Namun
tiada. Mungkin juga Zikri telah mebuat keputusan bahawa memang dia akan kembali
kepada kekasih lamanya itu! Sedih dan kecewa. Jelas terbayang drama tengahari
tadi di hadapan maktabah. Insiden 'kad metrik' jelas terpampang di hadapan mata
Nur Al-Hamra'. Terasa baru sahaja dia merasa begitu bahagia. Kini, hatinya
sakit. Makin sakit. Perit. Dia menangis sepuas hati dengan harapan tangisan itu
akan terhenti sendiri. Dia terus menangis, menangis dan menangis hingga
terlena.. Lena di meja 'study'.
~~~~~~
* * * ~~~~~~
Sudah
seminggu kejadian malam itu berlalu pergi. Nur Al-Hamra' masih tidak dapat
melupakan segala yang terjadi. Semuanya begitu pantas. Nur Al-Hamra' menghadap
hari-hari yang begitu sukar kerana kerap bertemu dengan Zikri dalam liqo'.
Zikri juga serba salah. Sebenarnya Zikri juga tidak tahu samada keputusannya
tepat atau tidak. Yang dia tahu, dia telah mengecewakan gadis tidak bersalah
itu. Dalam diam, dia mendoakan yang terbaik buat Nur Al-Hamra'.
Sedang Nur Al-Hamra' leka menikmati udara segar
bersama Husna dan Aqilah di tepi tasik buatan dalam kampus kediaman mereka, Nur
Al-Hamra' menerima panggilan telefon entah daripada siapa. Segera dia menjawab.
"Hello, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam. Oit, aku lah.. Fahri ni"
"Kau ni kan.. eii... bila pulak tukar nombor ni?
Menyampah aku. Tawu lah awek ramai"
Panggilan dari Fahri rupanya. Nur Al-Hamra' memang
tidak dapat mengawal mood kesopanannya bila berbual dengan Fahri. Bahasa yang
digunakan juga 'aku-kau', tidak seperti dengan lelaki-lelaki lain. Semua ber'ana-enta'.
Tetapi tidak dengan Fahri. Bukan tidak pernah cuba, tapi tidak terdaya. Sahabat
akrab dari sekolah rendah. Panggilan dan perangai sukar diubah. Itulah mereka.
Sudah seperti adik-beradik.
"Ops..ops.. yang tu aku nak betulkan sikit ek.
Salah tu awek ramai. Aku setia pada yang satu, tau"
"Yelah, yelah.. kirim salam kat Ha, Kho, Dal,
Dzal kau tu"
"Melampau betul kau ni. Pembetulan, Zulaikha @
Kho, ok?'
"Yelah..whatever lah, hah.. apesal call aku
nih?"
"Amboi.. call pun tak boleh ke? Ni ha.. aku nak
tanya kau ni. Betul ke kau dah putus dengan Zikri? Lagi 1, bila masa kau couple
dengan mamat tu? 1 blok aku dah kecoh.. Kau ni.. tak cerita kat aku pun"
"Aik, mana dapat sumber ni? Yaqin sahih??"
"Sumber S.O.H.I.H.. dah la, kau tak payah nak
buat-buat terkejut pulak. Patutlah sejak 2 menjak ni aku nampak muka kau lain
macam. Muka sedih je.."
"Bile pulak kau nampak muka aku sedih? Aku rasa
happy je.."
"Dah, dah.. malas aku nak bertekak dengan kau
ni. Payah sangat nak mengakui kebenaran. Ni haa.. aku nak sampaikan hajat ni.
Ada orang suruh tanya aku.. dia berkenan kat kau. Kau sudi tak terima
dia?"
"Merepek lah kau ni.. kau nak cakap apa
sebenarnya? Kho ada pakwe lain ke?"
"Ya allah..dia ni.. aku cakap betul lah. Bukan
main-main.. yang pergi pusing pasal Kho tu apesal? Kau ni... aku serius
ni"
"Betul, serius? Ok, siapa lelaki tu? aku pun
serius ni. Kau main-main, siap kau! Aku tak de masa nak main-main"
"Ok, aku serius. Naufal.. dia asyik tanya pasal
kau kat aku je sejak akhir-akhir ni. Aku pun masuk line la. Cucuk punya cucuk,
rupanya dia ada hati kat kau lah.. dia suh aku tanya, kau tu kosong ke? Dia dah
berkenan tu. Dia tunggu jawapan kau. Tu lah sebab aku tanya ni...ha, macamana?
Kau terima?"
"Naufal?? Presiden tu??"
"Yo lah... Naufal mana lagi kat kampus ni yang
aku dan kau kenal.."
Nur Al-Hamra' terkasima. Kaku sebentar. Terkejut
dengan khabaran itu. Telefon bimbit yang dipegangnya hampir terlepas. Muhammad
Naufal!~
Alhadulillah..tahniah..selesai menjamah prolog cerpen nih..lpas ni, mungkin ada sambungan lagi lanjutan drpd ni- diba :)
BalasPadamT.ksh diba.. ya, insya allah akan ada sambungannya. Sedang dalam pembikinan. hehe.. nantikan ya sambungannya ;)
Padamerk..boleh tahan atikah ni..
BalasPadamterkesima ana membacanya.. :D